Dunia
SNE IMAGES
Advertisements

Aksi separuh akhir Piala FA ini menemukan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melayan kunjungan pasukan Penang FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan JDT dengan keputusan 6-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Gol-gol JDT dijaringkan oleh Arif Aiman (3 gol), Bergson da Silva, Syahmi Safari dan Fernando Forestieri. Manakala gol tunggal Penang dijaringkan oleh Lucas Silva.

Perlawanan dimulakan dengan pasukan JDT menguasai perlawanan dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek manakala pasukan Penang dilihat lebih cenderung untuk bertahan di awal permainan ini.

Advertisements

Selepas beberapa siri serangan yang dicipta JDT, mereka akhirnya memecah kebuntuan melalui Bergson pada minit ke-20. Gol itu terhasil selepas percubaan pertama dari Forestieri terkena tiang dan bola jatuh di hadapan Bergson yang tidak menunggu lama untuk merembat deras bagi memberi pendahuluan buat JDT.

Belum pun sempat Penang mengatur serangan, JDT sekali lagi menambah derita Penang dengan jaringan kedua pada minit ke-24 kali ini melalui Fernando Forestieri yang menyudahkan peluang terhidang di hadapan gol untuk menjadikan kedudukan 2-0 memihak JDT.

Selepas gol kedua itu terhasil pasukan JDT dilihat memperlahankan rentak permainan mereka manakala para pemain Penang pula masih bergelut untuk melepaskan percubaan ke gawang JDT yang dijaga Farizal Marlias.

Advertisements

Wisel separuh masa pertama ditiup dan kedudukan kekal 2-0 memihak JDT.

stats half time Piala FA: JDT Pesta Gol Tewaskan Penang, Mara Ke Final
Statistik untuk separuh masa pertama. Kredit Unifi.

Bersambung separuh masa kedua, JDT meneruskan penguasaan dan mereka berjaya menambah jaringan pada minit ke-48 selepas Arif Aiman menyudahkan umpanan dari Forestieri untuk mennggandakan kedudukan menjadi 3-0.

Arif Aiman sekali lagi menunjukkan bisa beliau dalam perlawanan ini apabila meledak gol keempat JDT pada minit ke-51. Gol itu juga terhasil bermula satu hantaran menarik dari Forestieri.

Advertisements

Tersentak dengan gol itu, Penang cuba mengatur serangan melaui duo serangan mereka Hilal El-Helwe dan Lucas Silva. Penang akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-54 hasil tandukan Lucas Silva yang berpunca dari sepakan sudut.

Serangan JDT berterusan dan mereka dilihat sentiasa dahagakan gol. Pada minit ke-63, Arif Aiman berjaya menyempurnakan hatrik pada malam ini selepas rembatan yang beliau lepaskan membias terkena pertahanan Penang dan bola bergolek masuk ke dalam gawang Penang.

Ketika perlawanan seakan hampir tamat, Syahmi Safari menyudahkan pesta gol dengan jaringan keenam pada masa tambahan.

Advertisements

Kedudukan kekal 6-1 sehingga wisel penamat ditiupkan. Kemenangan ini sekaligus membawa JDT ke final Piala FA.

JDT akan bertemu di antara Terengganu FC ataupun Selangor FC yang akan turun dalam satu lagi aksi separuh akhir pada hari esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram