Piala FA: Kedah Darul Aman terpaksa berjuang tanpa 4. orang pemain berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Nafuzi Zain perlu mencari jaringan selepas tewas 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 di Darul Aman.
Usaha itu bagaimanapun direncatkan apabila terdapat beberapa pemain yang mengalami kecederaan 24 jam sebelum aksi bermula.
Menerusi laporan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, terdapat beberapa pemain yang mengalami kecederaan iaitu pertahanan kanan, Rizal Ghazali yang dilanda kecederaan hamstring.
Selain itu, dua lagi tonggak Kedah iaitu Zamri Pin dilanda kecederaan lutut manakala pemain sayap lincah, Sukhrob Nurulloev dilaporkan cedera buku lali.
Penyerang pinjaman Kedah, Syafiq Ahmad tidak dapat diturunkan kerana berstatus pemain pinjaman dari JDT.
Aksi JDT dan Kedah bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Ogos 2024 jam 8:15 malam.