Piala FA: MFL Umum Tarikh Baharu Aksi DPMM vs Terengganu
MakanBola
MFL

Pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan tarikh baharu bagi perlawanan Piala FA 2026-27 melibatkan Brunei DPMM vs Terengganu yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 1 September ini.

Menurut kenyataan rasmi, perlawanan tersebut yang asalnya dijadualkan berlangsung pada 1 September itu di Stadium Negara Hassanal Bolkiah terpaksa diubah ke tarikh tertentu atas faktor semasa di negara tersebut.

Perubahan venue ini dibuat selepas kawasan stadium di negara tersebut mengalami jerebu melampau sejak kebelakangan ini.

Menurut MFL, pengelola liga itu telah mengemaskini jadual aksi antara Terengganu dan Brunei DPMM pada 9 & 16 September ini atas isu cuaca semasa.

Pada 9 September, aksi tersebut bakal berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada tepat jam 8.15 malam sementara 16 September dijadualkan di laman keramat, Sang Penyu pada pukul 9 malam.

Kedua-dua pasukan semestinya mahu meraih kemenangan dalam 2 aksi ini bagi memastikan tempat ke suku akhir Piala FA musim ini menjadi milik mereka.

Pasukan yang memenangi perlawanan timbal balik ini bakal menerima tentangan sengit sama ada dari KL City atau Perak FA di aksi suku akhir.