Piala FA: Selangor Tewaskan Sabah Di Likas
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan suku akhir Piala FA ini menemukan Sabah FC yang melayan kunjungan Selangor FC. Perlawanan menjadi milik Selangor yang menewaskan Sabah dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Likas sebentar tadi.

Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Hyuri Henrique dan Herlison Caion.

Selangor memulakan perlawanan dengan sangat positif selepas seawal 25 saat perlawanan, Hyuri menyudahkan peluang terhidang selepas menerima umpanan menarik daripada Brendan Gan sekaligus memberikan pendahuluan buat Selangor 1-0.

Advertisements

Tersentak dengan gol tersebut, Sabah cuba melancarkan serangan dan peluang keemasan mereka hadir pada minit ke-12 melalui Stuart Wilkin namun rembatannya berjaya ditngkap kemas Sam Sommerville di gawang Selangor.

Caion hampir menambah jaringan buat Selangor pada minit ke-35 selepas beliau menanduk hantaran lintang dari Hyuri namun tandukannya berjaya diselamatkan oleh Damien Lim di gawang Sabah.

Separuh pertama tamat dengan kedudukan memihak Selangor 1-0 sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan untuk memburu jaringan namun benteng kedua-dua pasukan dilihat berdisiplin dalam bertahan walaupun Selangor dilihat lebih memberi ancaman kepada Sabah.

Hujan mulai turun dengan agak lebat dan ianya sedikit sebanyak mengganggu tempo perlawanan pada aksi separuh masa kedua ini.

Stuart Wilkin sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol namun rembatannya pada minit ke-64 sedikit tersasar.

Advertisements

Selangor akhirnya menggandakan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-80 melalui Herlison Caion selepas menyudahkan hantaran lolos daripada Ahmad Zikri Khalili.

Sabah meneruskan rentak serangan untuk merapatkan kedudukan namun ketumpulan di bahagian serangan menghantui mereka.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kemenangan berpihak kepada Selangor sekaligus melayakkan mereka ke pusingan separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram