Ads
Piala FA: Terengganu Sasar Kehadiran Tertinggi Lawan Selangor
Piala FA
Terengganu FC

Terengganu FC berharap dapat merekodkan kehadiran tertinggi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024.

Advertisements

Kecuali aksi pertama Liga Super menentang Perak FC pada 11 Mei lalu, Terengganu merekodkan kehadiran melebihi 10,000 orang untuk musim 2024/25.

Advertisements

Kehadiran tertinggi yang direkodkan di SSMZA ialah 20,150 orang. Rekod ini dilakar dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024 menentang The Bos Gaurus pada 14 Jun lalu.

Advertisements
Advertisements

Justeru, pengurusan Peteh berharap dapat mengatasi rekod berkenaan dengan mensasarkan kehadiran tertinggi untuk aksi separuh akhir pertama menentang Selangor.

Kehadiran penyokong yang ramai bukan saja membantu Terengganu dari segi kewangan pada hari perlawanan. Malah, ini memberi aura kepada anak buah Tomislav Steinbruckner untuk melakar keputusan positif di SSMZA.

Advertisements

Berdasarkan maklumat terkini, pengurusan pasukan itu memaklumkan kesemua tiket perlawanan separuh akhir pertama Terengganu-Selangor yang dijual secara dalam talian sudah habis dijual.

Penyokong yang masih belum berpeluang mendapatkan tiket boleh mendapatkannya secara fizikal di Kaunter A dan C, SSMZA dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 3.00 petang hingga 9.00 malam.

Tiket bagi penyokong dewasa berharga RM20.00. Sementara bagi penyokong kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun pula, mereka hanya perlu membayar RM10.00 untuk mendapatkan tiket.

Advertisements

Terengganu bakal turun menentang Merah Kuning untuk aksi separuh akhir pertama di SSMZA pada 19 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram