Advertisement
Piala Malaysia: Gol Lipat Heberty Bantu JDT Atasi KL Rovers
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia petang ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim  (JDT) berjaya menewaskan KL Rovers di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). 

JDT turun dengan membariskan beberapa bakat muda seperti Alif Mutalib, Aysar Hadi Shapri dan Daryl Sham. Sementara KL Rovers turun dengan kesebelasan utama terbaik mereka.

Peluang terbaik KL Rovers hadir pada minit ke-20 permainan menerusi penyerang, Amirul Huzaini namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gol JDT, Christian Abad. 

Kemudiannya, pada minit ke-26 permainan, Heberty berjaya membuka jaringan pertama menerusi sepakan percuma yang sempurna dari luar kotak.

Selang 4 minit aksi, Heberty sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring selepas mudah menyempurnakan hantaran lintang dari Corbin Ong.

Separuh masa pertama tamat, JDT 2-0 KL Rovers.

Pada minit ke-71, Heberty berjaya meledak gol ketiga sekaligus mencatatkan rekod hatrik pertamanya dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Tiga minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. JDT berjaya atasi KL Rovers dengan 3-0.