Piala Malaysia: JDT Belasah Kelantan
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

JDT mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Kelantan 5-0 dalam perlawanan kedua suku akhir di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT yang selesa dengan bekalan tiga gol dari perlawanan pertama di Kota Bharu mendahului Kelantan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-12.

Harimau Selatan menambah jaringan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti Bergson pada minit ke-34.

Advertisements

Penyerang Brazil itu meraih hatrik selepas menyudahkan hantaran Akhyar Rashid untuk gol ketiga pada minit ke-37.

JDT terus selesa mendahului kedudukan agregat menerusi jaringan cantik Syahmi Safari pada minit ke-40.

Red Warriors makin derita apabila Nazmi Faiz Mansor meledakkan gol kelima untuk tuan rumah pada minit ke-45. Kedudukan agregat 8-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Selepas rehat, Red Warriors memilih untuk bertahan bagi mengelak daripada dibolosi jentera serangan JDT. Tindakan tersebut membolehkan keputusan agregat 8-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT bakal berdepan Sabah atau Kuching City sebagai lawan mereka di peringkat separuh akhir. Separuh akhir pertama dijangka berlangsung pada 15 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram