Piala Malaysia: JDT Bertemu PDRM, Selangor Hadapi Kelantan TRW
MakanBola
JST/SFC

Undian Piala Malaysia 2025/26 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC berdepan cabaran berbeza.

JDT tampil dalam saingan kali ini sebagai juara bertahan. Ini selepas Harimau Selatan menewaskan Sri Pahang FC di pentas final musim 2024/25.

Selangor pula tampil bukan saja sebagai naib juara Liga Super musim lalu. Anak buah Christophe Gamel juga merupakan pemenang kejohanan berprestij itu sebanyak 33 kali.

Saingan kejohanan musim 2025/26 menyaksikan 16 pasukan termasuk tiga pasukan Liga A1 Semi-Pro menghangatkan perebutan trofi kali ini.

Sesi undian yang berlangsung pada Jumaat menyaksikan JDT bertemu PDRM FC. Selangor pula perlu berdepan cabaran Kelantan The Real Warriors FC (KTRW).

Sekiranya berjaya menewaskan PDRM FC di pusingan 16, JDT akan bertemu sama ada Sabah atau Melaka FC di peringkat suku akhir.

Selangor pula bersiap sedia menghadapi sama ada Negeri Sembilan atau Imigresen FC sekiranya berjaya mara ke peringkat sama.