Advertising
Piala Malaysia: JDT Ke Final Kali Ke-5, Terengganu Kempunan
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) menempah tiket ke pentas akhir selepas menundukkan Terengganu FC.

Aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim itu bermula seimbang dengan anak buah Badrul Afzan memberi tekanan hebat.

Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu di depan hasil ledakan pemain import Brazil, Heberty yang membuat Syed Nasrulhaq tergamam.

Ad

Jentera serangan import Terengganu gagal menembusi kekebalan benteng tuan rumah sepanjang 45 minit pertama.

Bersambung babak kedua, usaha Terengganu untuk mencari jaringan penyamaan berhasil.

Ad
Ad

Ismaheel Akinade menyamakan kedudukan pada minit ke-55 selepas berjaya menewaskan Christian Abad Amat.

Ad

6 minit masa tambahan tidak mengubah cerita di Johor Bharu apabila rembatan kencang Heberty memastikan JDT ke final Piala Malaysia buat kali kelima berturut-turut dengan agregat 6-1.

Sri Pahang atau Sabah bakal menjadi halangan terakhir JDT untuk melengkapkan hatrik kejuaraan Piala Malaysia sejak tahun 2022.