Piala Malaysia: JDT Ke Final Selepas Berpesta Gol Tewaskan Perak
Piala Malaysia
JST
Advertisements

Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk mara ke final Piala Malaysia sekali lagi selepas menewaskan Perak FC 8-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

JDT menurunkan kesebelasan terbaik mereka dengan gandingan empat pemain di bahagian serangan iaitu Bergson, Fernando Forestieri, Arif Aiman dan Heberty. Manakala buat Perak, mereka tidak dapat menggunakan kapten mereka, Luciano Guaycochea gara-gara penggantungan.

Perlawanan dimulakan dengan JDT banyak menguasai bola. Manakala barisan Perak mengambil pendekatan bertahan dan menunggu sebelum melancarkan serangan balas.

Advertisements

Hasil serangan yang bertali arus JDT akhirnya di hadapan seawal minit ke-11 hasil jaringan menarik Arif Aiman. Gol tersebut dihasilkan selepas Arif memperdaya dua pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan.

Kedudukan 1-0 itu tidak kekal lama apabila pada minit ke-27, Bergson berjaya meledak hasil rembatan kaki kirinya. Gol tersebut menimbulkan sedikit tanda tanya selepas tiada pemain yang memberikan tekanan kepada Bergson.

Pesta gol JDT berterusan selepas seorang lagi pemain import, Heberty meledak pada minit ke-31 melalui rembatan dari luar kotak penalti sekali gus mengubah kedudukan menjadi 3-0 memihak JDT.

Advertisements

Kedudukan 3-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, JDT hanya memerlukan 7 minit untuk menambah jaringan keempat perlawanan. Kali ini melalui Fernando Forestieri yang sempat memperdaya dua pemain pertahanan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang sama sekali menewaskan Farhan Majid di gawang Perak.

Kerakusan jentera serangan JDT tidak mampu dibendung lagi apabila Bergson terus mempamer bisa dengan meledak gol kedua peribadi beliau pada minit ke-59 selepas penyerang dari Brazil itu menyempurnakan umpanan menarik dari pemain gantian, Juan Muniz.

Advertisements

Kedudukan 5-0 itu hanya kekal untuk tempoh dua minit apabila pemain gantian, Syafiq Ahmad turut mencipta nama sebagai penjaring selepas menyambar hantaran lintang dari Oscar Arribas. JDT di hadapan 6-0.

Syafiq Ahmad membuktikan beliau masih mempunyai ketajaman apabila meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan ini pada minit ke-77. Gol tersebut terhasil selepas Syafiq menyambar kesilapan dari Luka Milunovic di kotak penalti.

Selang seminit selepas itu, Sunday Afolabi berjaya menyambar sepakan percuma dan membolosi gawang JDT yang dijaga Syihan Hazmi. Namun gol tersebut tidak dikira kerana berada di dalam kedudukan ofsaid.

Advertisements

Ketika perlawanan hampir ditamatkan, Heberty menambah duka Perak dengan menambah gol kelapan JDT selepas merembat deras dari jarak dekat sekali gus menewaskan Farhan Majid.

Perak mendapat gol saguhati dengan melalui Firdaus Fuad pada masa kecederaan selepas pemain muda itu menyambar sepakan percuma.

Keputusan 8-1 itu kekal sehingga ke wisel penamat yang sekali gus mengesahkan JDT tempat pentas akhir. JDT mara ke final dengan agregat 12-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram