Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir apabila membenam cabaran Negeri Sembilan.
Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan Harimau Selatan bermula garang dengan dua gol awak Bergson pada minit ke-6 dan 11 sebelum Juan Muniz mencatat selaku penjaring ketiga.
Negeri Sembilan cuba merapatkan kedudukan menerusi gol Zamri Ramli pada minit ke-36.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 3-1.
Bersambung babak kedua, skuad Jang mendapat peluang untuk menjaringkan gol kedua namun percubaan Htet Aung tersasar ke tepi gawang.
JDT pula hampir menjaringkan gol keempat namun percubaan pemain gantian, Fernando Forestieri juga tersasar.
Forestieri kembali menggegar gawang pada masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan JDT.
Keputusan kekal hingga wisel penamat sekaligus mengesahkan slot JDT di separuh akhir.
Pasukan bimbingan Tano Solari akan menanti cabaran Sabah atau Perak pada separuh akhir Piala Malaysia 2023.