Perlawanan petang ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menewaskan KL Rovers.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. JDT turun tanpa tekanan selepas berjaya menewaskan KL Rovers pada aksi pertama tempoh hari.
Seawal 13 minit permainan, JDT mendahului dengan jaringan sendiri oleh pemain KL Rovers, R. Nagoorgani.
Pada minit ke-33 permainan, Corbin Ong menjaringkan gol kedua buat JDT dengan rembatan deras dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol KL Rovers, Ahmad Ashraaf Omar.
Dua minit sebelum separuh masa pertama tamat, penyerang sensasi JDT, Jesse Rodriguez menggandakan jaringan ketiga pasukan.
Pada minit ke-75 permainan, Bergson mencipta nama sebagai penjaring keempat JDT.
Selang lima minit aksi, Bergson sekali lagi menjaringkan gol kelima pasukan selepas mudah mengelecek dan melakukan rembatan ke arah gawang gol.
Pada minit ke-88 permainan, Mohamadou Sumareh menghadiahkan gol keenam pasukan dengan gerakan menarik dalam kotak penalti berjayaw menewaskan penjaga gol KL Rovers.
Skuad kendalian Hector Bidoglio membenam KL Rovers dengan keputusan 6-0, agregat 9-0.