Advertisement
Piala Malaysia: Kedah Bangkit Atasi KL City
Piala Malaysia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia malam ini menyaksikan Kedah berjaya bangkit menewaskan KL City di Stadium Darul Aman. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi misi memburu ke pusingan seterusnya.

KL City membuka jaringan seawal minit ke-12 permainan menerusi Ryan Lambert dengan rembatan deras dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kedah, Wan Syazmin. 

Pada minit ke-27, Kedah kembali menyamakan kedudukan menerusi Sorny Norde juga sama rembatan deras dari luar kotak penalti. 

Selang tiga minit aksi, Sorny Norde terus cemerlang apabila berjaya meledak gol kedua Kedah sekaligus memberikan kelebihan jaringan.

Separuh masa pertama, tuan rumah Kedah 2-1 KL City.

Pada minit ke-69 permainan, Kedah kembali menjarakkan kedudukan jaringan apabila Nurullaev menjaringkan gol ketiga pasukan. 

Selang lima minit aksi, KL City cuba merapatkan kedudukan jaringan apabila J. Motika menghadiahkan gol kedua pasukan.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Kedah raih kemenangan ke atas KL City, 3-2.

Selepas ini, skuad kendalian Nafuzi Zain akan bertandang semula ke KL City bagi aksi kedua pusingan ke-16 pada 1 Disember depan.