Piala Malaysia: KL City Tewas Mengejut Kepada Perak FA
MakanBola
KL CITY

KL City tunduk kepada Perak FA dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia musim 2025/26 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Ahad.

Perak FA menurunkan Syazwan Syazany di benteng terakhir dengan Kamal Arif Azrai menggalas lilitan kapten pasukan.

Sementara itu, KL City membariskan Quincy Kammeraad di posisi penjaga gol dengan Zhafri Yahya sebagai ketua pasukan manakala Kpah Sherman mengemudi jentera serangan The City Boys.

Perak FA bermula garang dengan melancarkan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang pasukan Kuala Lumpur City pada awal babak pertama aksi.

Daniel Hakimi berjaya membuka akaun jaringan seawal minit ke-11 selepas menerima umpanan jauh cantik dari pemain pertahanan sekali gus memberikan kelegaan kepada kem pasukan Perak FA.

Perak FA terus menerus mengasak kubu pasukan KL City bagi menceriakan ribuan penyokong sendiri di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada malam ini.

Memasuki minit ke-30 kedudukan masih didahului oleh pasukan Perak FA meskipun pemain-pemain KL City melakukan beberapa percubaan tepat menerusi Zhafri Yahya dan Fazrul Amir.

Perak FA tampak menguasai perlawanan dengan melakukan lambakan peluang keemasan sebelum tiupan wisel babak pertama aksi.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Perak FA.

Bersambung babak kedua aksi, Perak FA terus menerus mengasak kubu pasukan pelawat, KL City bagi mencari gol tambahan.

Perak FA menambah gol kedua perlawanan pada minit ke-53 menerusi Fadhil Azmi selepas menerima umpanan cantik dari sepakan percuma.

Paulo Josue hampir memberikan gol pertama pasukan The City Boys pada minit ke-56 namun rembatan beliau berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Perak FA, Syazwan Syazany.

Memasuki minit ke-75 kedudukan didahului oleh pasukan tuan rumah, Perak FA dengan dua jaringan.

Safawi Rasid melakukan satu percubaan kencang pada minit ke-87 namun masih gagal menembusi gawang pasukan Perak FA.

Aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung tamat dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Perak FA.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan bertemu semula dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia musim 2025/26 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 25 Januari depan.

Claim Money Packet TnG