Piala Malaysia: Kuching City Longlai Dibedil Sabah FC
Piala Malaysia
Sabah football club
Advertisements

Perlawanan malam ini menyaksikan Sabah FC berjaya menundukkan Kuching City dengan keputusan 3-0 bagi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia 2023. 

Seawal minit ke-4 permainan, Ramon Machado membuka jaringan pertama buat Sabah FC menerusi rembatan deras menewaskan penjaga gol Kuching City, Shaiful. 

Selang tiga minit permainan, Ramon Machado sekali lagi menggegar jaringan menerusi tandukan kemas ke arah gawang gol selepas menerima hantaran silang daripada pemain import Korea, Kwang-min Ko.

Advertisements

Sabah terus mengganas apabila pada minit ke-14 permainan, pertahanan kiri Sabah, Daniel Ting mencatat jaringan ketiga dengan rembatan deras kaki kirinya menerjah jaring.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan Sabah beraksi dengan lebih tenang apabila memegang bola sementara Kuching City terus mengasak namun tiada penyudah yang sempurna.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Kuching City bakal bertandang ke Sabah tanpa bekalan jaringan.

Advertisements

Perlawanan timbal balik akan diadakan pada 19 Ogos ini yang akan berlangsung di Stadium Likas, Sabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram