Advertising
Piala Malaysia: Sabah Ke Suku Akhir, Atasi PT Athletic 7-0
MakanBola
Sabah FC

Sabah mengesahkan kemaraan ke pentas suku akhir Piala Malaysia selepas membenam PT Athletic dengan agregat 7-0.

Skuad kendalian Alto Linus turun dengan kesebelasan terbaik namun diberikan tentangan sengit pada babak pertama.

Anak didik Nazrulerwan Makmor berjaya memastikan gawang tidak dibolosi pada babak pertama hasil kecemerlangan Syakir yang menjaga gawang.

Ad

Bersambung babak kedua, ketenangan Sabah bergerak masuk dalam kawasan penalti memulakan pesta jaringan The Rhinos.

Ad

Penyerang berbisa negara, Darren Lok meledak gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-67 sebelum Stuart Wilkin menambah derita wakil Liga A1 Semi Pro itu selang 10 minit kemudian.

Pemain kelahiran Brazil, Joao Pedro melengkapkan pesta jaringan Sabah menerusi gol ketiga pada minit ke-81 sambil tidak mampu dibalas oleh jentera serangan PT Athletic yang tidak menemui rentak terbaik.

Ad
Ad

Wajah suram, hampa dan kecewa terpapar pada wajah pemain seperti Indra Putra, Amri Yahyah dan jug Dirga Surdi yang ditunjukkan jalan keluar lebih awal.

Sabah menanti sama ada Kuching City atau Penang pada aksi suku akhir dalam misi untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan Piala Malaysia kali ini.