Selangor memulakan cabaran pusingan ke-16 Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengalahkan Kelantan United 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Babak pertama menyaksikan Gergasi Merah Kuning mendominasi tuan rumah sejak wisel permainan dibunyikan.
Usaha mereka membuahkan hasil apabila Herlison Caion menanduk masuk gol pertama pelawat pada minit ke-37. Kijang Hijau cuba bangkit tetapi kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.
Babak kedua menyaksikan Selangor berusaha menambah kelebihan jaringan. Hasilnya, Caion mudah menolak bola hantaran Daniel Kyvie untuk gol kedua pada minit ke-63.
Gergasi Merah berpeluang menambah jaringan selepas dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-81. Tetapi sepakan Shahrel Fikri Md Fauzi berjaya dinafikan penjaga gol tuan rumah Fikri Che Soh.
Kedua-dua pasukan akan bertemu semula untuk perlawanan timbal balik pusingan ke-16 Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Petaling Jaya pada 1 November ini.