Aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia malam ini menyaksikan Selangor berjaya bangkit mengikat Sri Pahang di Stadium Perbandaran Temerloh.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi membawa bekalan selesa ke perlawanan kedua nanti.
Hujan lebat sebelum sepak mula bermula menyebabkan keadaan padang sedikit lecak. Ianya mampu menggangu perancangan pasukan masing-masing.
Selepas setengah jam permainan, Sri Pahang akhirnya memecah kebuntuan jaringan menerusi Sean Selvaraj yang berjaya menanduk masuk bola melemaskan penjaga gol Selangor, Azim Al Amin.
Separuh masa pertama tamat, tuan rumah Sri Pahang 1-0 Selangor.
Pada minit ke-83 permainan, pemain tengah Selangor, Nikola Jambor akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan deras menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan.
Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Selangor berjaya bangkit mengikat Sri Pahang dengan keputusan 1-1.
Selepas ini, The Red Giants akan bertemu Sri Pahang bagi aksi kedua pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia pada 1 Disember depan.