Saingan kejohanan paling berprestij di Malaysia, Piala Malaysia 2024/25 kembali menemui para penyokong menerusi aksi pusingan 16 pasukan terbaik.
Edisi 2023 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara di peringkat akhir dengan mengatasi cabaran pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu FC.
Bergson da Silva, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi menyumbat gol buat pasukan gergasi selatan tanah air itu. Manakala Peteh membalas menerusi penjaring terbanyak mereka musim berkenaan, Ivan Mamut.
Sementara Perak FC dan juara Piala Malaysia 2021, KL City FC memberi saingan hebat sehingga ke peringkat separuh akhir.
Aksi pusingan 16 terbaik ini menyaksikan 16 pasukan termasuk tiga pasukan Liga A1 Semi-Pro berentap untuk merebut slot suku akhir. Aksi pertama pusingan ini bakal berlangsung dari 20 hingga 24 November.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Piala Malaysia
1- KL Rovers vs Johor Darul Ta’zim
Tarikh: 20 November 2024 (Rabu)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Arena
2- Penang vs Kuching City
Tarikh: 21 November 2024 (Khamis)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Bandaraya
Siaran Langsung: Astro Arena
3- Kedah Darul Aman vs KL City
Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Siaran Langsung: Astro Arena
4- Kelantan Darul Naim vs Perak
Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: TBC
Siaran Langsung: Astro Arena
5- PT Athletic vs Sabah
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 5 Petang
Venue: TBC
Siaran Langsung: Astro Arena
6- Sri Pahang vs Selangor
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
Siaran Langsung: Astro Arena
7- Melaka vs Terengganu
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Hang Jebat
Siaran Langsung: Astro Arena
8- Negeri Sembilan vs PDRM
Tarikh: 24 November 2024 (Ahad)
Masa: 5 Petang
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Siaran Langsung: Astro Arena