Piala Malaysia: Terengganu Benam KL City
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Aksi Piala Malaysia diteruskan dengan perlawanan separuh akhir yang menemukan Kuala Lumpur City (KL City) dan Terengganu FC. Perlawanan di Stadium KLFA itu berakhir dengan kemenangan 2-1 kepada pasukan Terengganu.

Perlawanan dimulakan dengan pasukan Terengganu dilihat menguasai perlawanan dengan pemain KL City pula tercari-cari rentak permainan mereka.

Terengganu hampir berada di hadapan pada minit ke-6 namun hantaran leret Sony Norde gagal disambar ole Engku Syakir walaupun Kevin Mendoza telah pun tertewas.

Advertisements

Peluang terbaik KL City hadir pada minit ke-17 melalui T. Saravanan yang membuat percubaan dari luar kotak penalti namun diselamatkan oleh Suhaimi Husin di gawang Terengganu.

Ketika separuh masa pertama menuju ke penghujung, Ivan Mamut akhirnya berjaya meledak pada masa kecederaan separuh masa pertama. Gol tersebut terhasil selepas Mamut menerima hantaran dari Nurillo. Walaupun percubaan pertamanya diselamatkan Kevin Mendoza, namun percubaan susulannya terus menerjah gawang KL City.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan keputusan 1-0 memihak pasukan pelawat, Terengganu.

Advertisements

Babak kedua bermula dengan KL City menunjukkan penguasaan bola dengan sepenuhnya, memaksa pemain Terengganu mengejar hantaran-hantaran yang dilakukan pemain KL City.

Pada minit ke-59, Terengganu berpeluang untuk meggandakan kedudukan melalui Engku Syakir namun percubaannya dari luar kotak penalti meliar tinggi.

Selang 8 minit selepas percubaan tersebut, pemain gantian, Nik Sharif mempunyai peluang keemasan di hadapan gol namun rembatan deras pemain itu ditepis oleh penjaga gol, Kevin Mendoza.

Advertisements

Serangan terus dilancarkan pasukan Terengganu. Penyerang muda, Syahmi Zamri turut berpeluang mencipta nama sebagai penjaring selepas menerima hantaran dari Ivan Mamut namun percubaan Syahmi sangat lemah walaupun pintu gol sudah terbuka.

Selepas variasi serangan dilancarkan, akhirnya Nik Sharif berjaya menggandakan kedudukan buat Terengganu selepas pemain itu menyudahkan hantaran Syahmi Zamri sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 memihak Terengganu.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan, KL City dihadiahkan sepakan penalti selepas Sean Gan Gianelli dikasari. Tchetche Kipre yang mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan Suhaimi Husin.

Advertisements

Wisel penamat akhirnya ditiup dengan kemenangan buat Terengganu. Kelebihan itu akan dibawa ke aksi timbal balik separuh akhir yang bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 3 November depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram