Advertising
Piala Malaysia: Terengganu Berpesta Gol Belasah Sri Pahang
Dunia
MakanBola
Sri Pahang

Terengganu memulakan kempen Piala Malaysia penuh bergaya selepas berjaya menewaskan Sri Pahang 1-5 di tempat lawan.

Terengganu bermula baik menerusi jaringan Kpah Sherman seawal minit pertama. Beliau berjaya menyelesaikan peluang terhidang selepas berlaku kesilapan di barisan pertahanan Sri Pahang.

Selang 2 minit kemudian, gerakan cantik Faisal Halim dari sebelah kiri berjaya disudahkan Nik Sharif yang merembat kencang bola menewaskan Mamadou Samassa.

Ad

Sri Pahang bangkit merapatkan kedudukan sebelum wasil penamat separuh masa pertama menerusi jaringan cantik Steven Rodriguez menjadikan kedudukan 1-2.

Ad
Ad

Bersambung babak ke-2, Terengganu mempertingkatkan usaha menyerang dan berjaya memperoleh jaringan ke-3 selepas sepakan Faisal Halim menerjah jaring menjadikan kedudukan 1-3 memihak pasukan pelawat.

Kpah Sherman sekali lagi menjadi tumpuan selepas lariannya gagal dikawal pertahanan Sri Pahang lantas berjaya menghasilkan gol ke-4 Terengganu pada minit ke-52.

Kpah Sherman melengkapkan hatriknya lewat permainan sekaligus membantu Terengganu menang besar 1-5 di Stadium Darul Makmur.

Sri Pahang bakal bertandang ke Gong Badak 1 November ini untuk perlawanan timbal balik menentang Terengganu.