Pertembungan pusingan kalah mati antara pasukan Liga Super, Terengganu FC menentang KL Rovers berkesudahan dengan keputusan memihak kepada skuad Peteh.
Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik pada malam ini dengan KL Rovers mahu memadam defisit empat gol yang dimiliki oleh Terengganu.
Tugas ini bagaimanapun kelihatan sukar apabila anak buah Tomislav Steinbruckner memperoleh gol menerusi Nor Hakim Hassan pada minit ke-32.
Babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, usaha pasukan tuan rumah seakan berlangsung tanpa sebarang masalah untuk berada dalam kedudukan selesa dengan Terengganu menambah satu lagi gol.
Hakim Hassan menutup kemenangan bergaya di laman sendiri menerusi jaringan akhir pada hujung permainan.
Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus menyaksikan Terengganu maka ke pusingan berikutnya dengan begitu selesa.
Terengganu mara dengan agregat 6-0 dan bakal bertemu Selangor atau PDRM bagi aksi berikutnya dengan The Red Giants menjadi pilihan untuk mara.