Advertising
Piala Malaysia: Terengganu Padam Hasrat Negeri Sembilan Untuk Bangkit
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu berjaya menyingkirkan Negeri Sembilan apabila mencatat agregat 6-2 dalam aksi suku akhir Piala Malaysia 2024/2025.

Aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan Terengganu menewaskan cabaran Negeri Sembilan dengan jaringan 4-2.

Sang Penyu dibarisi pemain-pemain seperti Shahrul Nizam, Azam Azmi, Safwan Mazlan, Akram Mahinan, Manuel Ott, Akhyar Rashid, Safawi Rasid serta Ismaheel Akinade.

Ad

Negeri Sembilan pula menampilkan barisan terbaik dengan menurunkan pemain seperti Hein Htet Aun, Hadin Azman, Jacque Faye serta A. Selvan.

Ad

Aksi babak pertama dihiasi dengan gol pembukaan daripada Hadin Azman yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24 permainan.

A. Selvan mengejutkan kem Terengganu apabila menjaringkan gol kedua Negeri Sembilan pada minit ke-34 sekaligus mengikat Terengganu dengan agregat 2-2.

Ad
Ad

Terengganu yang tersentak dengan dua gol daripada Negeri Sembilan berjaya meraih gol pertama menerusi jaringan Akhyar Rashid pada minit ke-41.

Ad

Safawi Rasid kemudian mencetak nama selaku penjaring pada penghujung aksi babak pertama untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2.

Bersambung babak kedua, Ismaheel Akinade hampir menjaringkan gol ketiga Terengganu namun dibatalkan pengadil ekoran situasi ofsaid.

Azam Azmi kemudian meledak gol ketiga untuk Sang Penyu pada minit ke-81 permainan untuk memastikan Terengganu kembali mendahului.

Gol keempat Terengganu hadir hasil jaringan daripada Shahrul Nizam pada penghujung permainan untuk menoktahkan kebangkitan Negeri Sembilan.

Terengganu berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 4-2 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia.

Terengganu mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia setelah mara dengan agregat 6-2 mengatasi Negeri Sembilan.