Piala Merlion: Malaysia Muncul Juara Tewaskan Hong Kong
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) melaungkan keazaman untuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2023 di Kemboja. Ini selepas anak-anak buah E. Elavarasan mengalahkan skuad Hong Kong B-22 bagi menggondol Piala Merlion di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini.

Babak pertama menyaksikan Harimau Malaya melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pertahanan The Strength. Bek kanan Terengganu, Azam Azmi Murad mencemaskan pertahanan Hong Kong seawal minit keenam tetapi percubaan cantiknya terkena palang.

Anak-anak Elavarasan menyangka mereka telah mendapat gol pertama menerusi Haqimi Azim. Tetapi gol tersebut dibatalkan selepas penyerang KL City itu didapati berada pada kedudukan ofsaid.

Advertisements

Sebelum babak pertama berakhir, bek kiri Peteh Safwan Mazlan menguji kecekapan penjaga gol The Strength, Ng Wai Him menerusi rembatan jarak jauh. Bagaimanapun, ia berjaya ditepis keluar bagi memastikan kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Elavarasan memasukkan beberapa pemain gantian termasuk Najmuddin Akmal. Hasilnya, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II itu menanduk masuk hantaran Haqimi bagi meletakkan Harimau Malaya di hadapan pada minit ke-74.

Belum sempat The Strength memburu gol penyamaan, mereka sekali lagi dibolosi buat kali kedua pada minit ke-79. Giliran Safwan pula mencetak nama sebagai penjaring apabila percubaannya menembusi gawang Wai Him.

Advertisements

Begitupun, kesilapan Rahadiazli menyepak bola membolehkan Lau Ka Kiu mencuri sebelum menolak bola mudah ke dalam gawang Harimau Malaya pada minit ke-80.

Sebelum perlawanan berakhir, perbalahan membabitkan kedua-dua pasukan tercetus akibat kekasaran yang dicetuskan oleh Azam Azmi. Akibatnya, Haqimi dan penyerang Hong Kong, Maddox Kong dilayangkan kad merah tetapi itu langsung tidak mengubah kemenangan Malaysia pada akhir perlawanan.

Kemenangan ini bukan sekadar pembakar semangat anak-anak buah Elavarasan menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti. Malah, ia juga menjadi pencetus motivasi buat skuad senior yang bakal berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Mac ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram