Piala Merlion Medan Persiapan Sukan SEA Skuad B-22 Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dengan Sukan SEA 2023 di Kemboja bakal diadakan tidak lama lagi, persiapan mula diatur bagi mempersiap skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia ke temasya berkenaan. Antara persiapan tersebut ialah menyertai Piala Merlion yang diadakan pada 24 hingga 26 Mac ini di Singapura.

Pengumuman ini dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi siaran media hari ini.

Selain tuan rumah Singapura dan Malaysia, skuad B-22 Hong Kong dan Kemboja turut mengambil bahagian. Kali terakhir Piala Merlion dianjurkan ialah pada 2019 dengan Young Lions yang dibimbing Fandi Ahmad muncul juara kejohanan empat sebelah itu.

Advertisements

Kejohanan bakal bermula pada 24 Mac dengan final dan penentuan tempat ketiga diadakan dua hari selepas itu. Undian bagi menentukan perlawanan untuk kejohanan tersebut bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Bagi jurulatih E. Elavarasan, ini bukan saja peluang menguji barisan pemain yang bakal beraksi di Sukan SEA 2023. Malah, secara tidak langsung, ia juga peluang buat beliau dan staf kejurulatihannya meninjau kekuatan Singapura dan tuan rumah Sukan SEA 2023, Kemboja.

Advertisements

Ini kerana undian bagi menentukan kumpulan acara bola sepak Sukan SEA bakal diadakan pada pertengahan April ini. Acara bola sepak Sukan SEA bakal bermula pada 29 April, enam hari sebelum upacara pembukaan temasya berprestij itu.

Kejayaan yang dicapai di Piala Merlion dilihat boleh menjadi batu loncatan kepada usaha Elavarasan membawa skuad B-22 layak ke pentas final. Ini sekaligus peluang merebut pingat emas yang dimenangi Vietnam pada temasya sebelumnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram