Ads
MFL
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II meneruskan rentak cemerlang dalam Piala MFL apabila menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Pasir Gudang hari ini.

Advertisements

JDT yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Sabah FC pada minggu lalu.

Advertisements

Sementara Sri Pahang pula berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas tidak beraksi dalam perlawanan pertama Piala MFL.

Advertisements

Advertisements

Babak pertama menyaksikan JDT II menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah untuk memburu gol awal.

Sandaran gol Harimau Selatan digalas oleh kapten, Gabriel Nistelrooy, Fergus Tierney dan G. Pavithran untuk merobek gawang Tok Gajah yang dikawal Azfar Arif Mohd Sukri.

Advertisements

Malangnya, setiap serangan yang digerakkan tuan rumah berjaya dipatahkan pasukan pelawat diketuai pemain tengah bertahan, Saiful Jamaluddin.

Sri Pahang turut berpeluang menguji pertahanan tuan rumah menerusi Lokman Bah Din, Fitri Aziq Wahid dan Adam Alif Mustapa. Walau bagaimanapun, ketumpulan serangan memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, JDT II terus menggandakan serangan untuk mendapatkan kelebihan jaringan.

Penantian gol mereka berakhir apabila Gabriel Nistelrooy meledakkan gol keempat peribadinya dalam Piala MFL pada minit ke-48.

Tersentak, Tok Gajah kembali mengatur langkah untuk mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, setiap percubaan yang diatur mereka digagalkan penjaga gol JDT II, Zulhilmi Sharani.

Sebaliknya, Harimau Selatan menggandakan kelebihan mereka menerusi pemain pertahanan, Ahmad Irfan Mohd Noor pada minit ke-56.

Sri Pahang yang dibimbing Mohd Yazeed Hamzah terus berusaha merapatkan jurang dengan tuan rumah. Akhirnya, gol yang dicari muncul pada minit ke-101 menerusi Fitri Aziq.

Advertisements

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan JDT II merampas takhta pendahulu liga daripada Terengganu FC II dengan enam mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram