MFL
KDA FC B
Advertisements

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II berjaya mara ke final Piala MFL selepas mudah membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B di Stadium Darul Aman hari ini.

Advertisements

Anak-anak buah Mariano Echevarria tahu kemenangan hari ini bakal melayakkan mereka ke pentas final sebagai pasukan yang menduduki kedudukan dua teratas Liga Juara Piala MFL.

Bagaimanapun, Kedah tidak mahu memberi laluan mudah dengan mereka mencari kemenangan pertama dalam liga.

Advertisements

Bagi menyokong usaha ini, pengurusan Sang Kenari turut mengumumkan kemasukan percuma ke Stadium Darul Aman hari ini.

Begitupun, impian meraih kemenangan pertama yang dicari Kedah B musnah apabila Gabriel Nistelrooy meletakkan JDT II di hadapan pada minit kesembilan.

Advertisements

Gawang Sang Kenari yang dikawal Syakir Danial Ma’amal Hajri dibolosi dalam tempoh enam minit sebelum rehat.

Dua gol Harimau Selatan itu disumbang masing-masing disumbang oleh Daryl Sham (minit ke-40) dan Najmuddin Akmal Kamal Akmal (minit ke-46). Keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, JDT II terus menggandakan usaha memburu gol tambahan dalam aksi terakhir liga hari ini.

Begitupun, kemasukan penjaga gol gantian, Hafizy Mohd Hajazy memastikan gawang Kedah B tidak dibolosi.

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan JDT II layak ke final selepas mengutip 14 mata di tempat kedua.

Itu sudah cukup buat anak-anak buah Echevarria memandangkan pesaing terdekat mereka, Sri Pahang sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu dalam satu lagi aksi liga hari ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram