Advertising
Piala MFL: Kedah ‘Rantai’ Sri Pahang
MakanBola
KDA FC B

Aksi tunggal Piala MFL pada Isnin menyaksikan Sri Pahang dan Kedah terpaksa akur terikat seri.

Kedua-dua pasukan turun ke Temerloh dengan misi penting untuk bangkit meraih 3 mata setelah Sri Pahang tumpas di tangan Selangor dan Kedah kalah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tonggak tengah berpengalaman, Asnan Ahmad diberi tugas memimpin jentera tengah Sri Pahang sementara Kedah pula menurunkan rata-rata pemain B-20 diketuai oleh Azim Anuar.

Ad

Aksi di babak pertama berlangsung seimbang dengan tuan rumah tampak lebih banyak mengasak kubu Kedah apabila merekodkan 2 percubaan tepat namun gagal menemui jaring.

Tiada sebarang jaringan yang tercipta di permulaan 45 minit ini dengan Kedah berjaya mengimbangi serangan Sri Pahang dan terikat ketika kedua-dua kelab masuk ke bilik persalinan.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Sri Pahang 0-0 Kedah.

Ad

Aksi di babak kedua menyaksikan tempo perlawanan tidak berubah dengan asakan bertali arus direncana namun masih gagal membuahkan hasil buat Sri Pahang dan juga Kedah.

Pertukaran turut dilakukan oleh kedua-dua jurulatih namun keputusan tanpa jaringan masih kekal sehingga tamat aksi 90 minit untuk Sri Pahang berkongsi mata bersama Kedah.

Perlawanan di Stadium Temerloh berakhir dengan keputusan 0-0.

Carta kedudukan Piala MFL pada Isnin menyaksikan Sri Pahang kekal di tangga ke-5 dengan 30 mata selepas 20 perlawanan tatkala Kedah di tempat ke-10 dengan 22 mata.