Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengikat pasukan Selangor di hujung permainan hasil jaringan oleh Romel Morales dalam kempen Piala MFL pada Isnin.
Pertemuan di Pasir Gudang ini menjadi tumpuan apabila JDT yang mengungguli tangga teratas carta Piala MFL dibezakan hanya 1 mata di belakang Selangor yang kekurangan 1 aksi.
Kesebelasan utama JDT dibarisi nama-nama seperti Gabriel Nistelrooy, Shane Lowry dan Romel Morales sambil Selangor juga menampilkan barisan terbaik diketuai Azim Al Amin dan Zikri Khalili.
Aksi berlangsung sedikit perlahan tanpa sebarang gerakan merbahaya yang benar-benar menguji gawang JDT dan juga Selangor meskipun tuan rumah merekodkan satu percubaan.
Kedua-dua pasukan tampak berhati-hati dalam merencana serangan bagi mengelakk sebarang kesilapan yang mampu mengundang padah dan dihukum oleh pihak lawan di babak pertama.
Separuh masa pertama tamat, JDT 0-0 Selangor.
Kembali dari rehat, Selangor memecah kebuntuan menerusi jaringan pemain muda negara, Haykal Danish pada minit ke-58 hasil rembatan padu yang menewaskan penjaga gol JDT, Zulhilmi Saarani.
Seakan tersentak, JDT dengan pantas membuat pertukaran dengan membawa masuk 2 pemain kebangsaan, Najmudin Akmal dan G. Pavithran bagi memberi nafas baharu di jentera serangan.
Ketika aksi berbaki 3 minit untuk dimainkan, Romel Morales muncul wira JDT dengan jaringan penyamaan hasil sepakan penalti dan berjaya mengikat kedudukan 1-1 di Pasir Gudang.
Aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Keputusan seri ini menyaksikan JDT masih kekal di puncak carta Piala MFL dengan 38 mata, hanya 1 mata mengatasi Selangor namun Gergasi Merah masih memiliki satu aksi di dalaam tangan.
Saingan Piala MFL minggu hadapan menyaksikan JDT bakal menentang Perak pada 14 Januari ini di Manjung sementara Selangor akan bertemu Terengganu sehari kemudian di Shah Alam.