Rentak cemerlang Selangor dalam saingan Piala MFL terhenti setelah tumpas di tangan PDRM pada Selasa.
Setelah mengharungi 9 aksi tanpa kalah, Selangor kini turun ke Selayang dengan misi penting untuk membawa pulang 3 mata dari PDRM yang menewaskan Perak dalam perlawanan terakhir.
Kesebelasan utama Selangor diterajui tonggak seperti Abdul Rahman Daud dan Azim Al Amin manakala Bruno Suzuki dan Shafizi Iqmal menjadi taruhan PDRM bagi memburu jaringan.
Seawal minit ke-7 permainan, Syahmi Idris meletakkan PDRM di hadapan dengan jaringan pendahuluan untuk menceriakan kem tuan rumah selepas berjaya menewaskan Azim Al Amin.
Seakan tersentak, Selangor yang dibimbing oleh Abdifitaah Hassan mula mengatur serangan dalam usaha bagi mencari gol penyamaan namun keputusan kekal sehingga rehat.
Separuh masa pertama tamat, PDRM 1-0 Selangor.
Kembali dari rehat, aksi bersambung sengit dengan PDRM berjaya mengekang setiap asakan bertali arus oleh skuad muda Selangor yang tampak berusaha keras mencari gol.
Aksi di Stadium Selayang berakhir dengan keputusan 1-0 memihak PDRM.