Piala MFL: Skuad Muda Kedah Cemerlang Tumpaskan JDT
MFL
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Harapan anak-anak buah Mariano Echevarria menambah kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam Kumpulan A, Piala MFL tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Kedah B menewaskan Harimau Selatan 2-1 di Stadium Darul Aman.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol pembukaan. Tetapi tuan rumah terlebih dahulu di hadapan menerusi Ebenezer Assifuah pada minit ke-22.

Bagaimanapun, kelebihan Sang Kenari tidak bertahan lama apabila Aysar Hadi Shapri menyamakan kedudukan empat minit selepas itu. Sepakan awalnya terkena tiang sebelum sepakan susulannya berjaya menewaskan penjaga gol Muhammad Syakir Danial Ma’amal Hajri.

Advertisements

Dengan keputusan seri 1-1 pada rehat separuh masa, Kedah B meningkatkan asakan ke atas pasukan pelawat. Dan hasilnya, Assifuah sekali lagi membolosi gawang Harimau Selatan menerusi gol pada minit ke-55.

Gol tersebut memberi keyakinan kepada anak-anak buah Rosle Md Derus untuk memburu gol ketiga. Ini memaksa Echevarria membuat beberapa pertukaran berorientasikan serangan termasuk Fergus Tierney untuk memburu gol penyamaan.

Advertisements

Malangnya, pertukaran-pertukaran ini tidak dapat menghantar bola yang diperlukan penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri. Sebaliknya, Sang Kenari hampir menambah gol ketiga menerusi Zharmein Ashraf pada minit ke-83 tetapi berjaya digagalkan pertahanan JDT.

Di sebalik usaha JDT memburu gol penyamaan, keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Kemenangan ini membolehkan Sang Kenari memintas Harimau Selatan ke tangga ketiga Kumpulan B dengan 12 mata dengan JDT (11 mata).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram