Advertising
Piala MFL: Terengganu Berpesta Gol Tundukkan Kedah
MakanBola
KDA FC B

Perlawanan tumpuan Piala MFL pada Selasa menyaksikan Terengganu II membelasah Kedah Darul Aman B di laman sendiri.

Setelah mencatatkan 3 kemenangan berturut-turut, Kedah hadir ke Pantai Timur dengan misi meneruskan momentum apabila bertemu Terengganu yang terikat seri 0-0 berdepan Perak sebelum ini.

Gandingan Chukwu Chijioke serta Khala’if Naskam menjadi taruhan Terengganu di jentera serangan sementara barisan pemain Kedah pula diketuai oleh penyerang utama, Afeeq Iqmal.

Ad

Terengganu membuka tirai jaringan setelah 32 minit beraksi apabila rembatan padu Khala’if Naskam berjaya menewaskan penjaga gol muda Kedah, Danish Hazriq untuk tuan rumah di hadapan.

Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila penyerang Kedah, Afeeq Iqmal kembali mengikat kedudukan 4 minit kemudian hasil percubaan kencang yang terus ke gawang Terengganu.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Terengganu 1-1 Kedah.

Ad

Kembali dari rehat, tuan rumah kembali di hadapan menerusi gerakan dan jaringan pemain sayap lincah, Muslihuddin ‘Atiq yang menembusi pintu gol Kedah 4 minit bersambung babak kedua.

Pada minit ke-60, Aqil Idham Bahari meletakkan Terengganu selesa mendahului 3-1 dengan satu percubaan yang berjaya mengatasi Danish Hazriq buat kali ketiga untuk menceriakan tuan rumah.

Sembilan minit selepas itu, Muslihuddin ‘Atiq sekali lagi mencipta nama selaku penjaring dengan gol ke-4 buat pasukan muda Terengganu sekaligus membuatkan pelawat hampa.

Aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah berakhir dengan keputusan 4-1 memihak Terengganu.