Advertisements
Piala Presiden: JDT Selangkah Julang Piala, Tewaskan Selangor
Piala Belia
MakanBola
FAMalaysia

Skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT III) selangkah menjulang Piala selepas berjaya menumbangkan Selangor bagi aksi perlawanan akhir pertama dalam saingan Piala Presiden 2024. 

JDT III turun dengan misi mahu menjulang piala buat kali ketiga berturut-turut sementara Selangor mahu menjulang trofi kejuaraan yang keenam kelab.

Skuad kendalian Sanz Zaballlos Gonzalo (JDT III) berjaya membuka jaringan menerusi Danish Syamer Tajuddin yang bijak melepaskan rembatan selepas lontaran jarak jauh daripada Ariff Safwan. 

Pada minit ke-45 permainan, penjaringan terbanyak kejohanan ketika ini, Abdul Raziq Abd Rahman menghadiahkan gol kedua pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran lintang daripada rakan sepasukan. 

Separuh masa pertama tamat, Selangor 0-2 Johor Darul Ta’zim III.

Peluang terbaik skuad muda Selangor hadir pada minit ke-66 permainan menerusi sepakan percuma dari luar kotak daripada Danish Iskandar namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol JDT III, Haziq Aiman.

Usaha tidak mengkhianati hasil, pemain muda Selangor, Harry Danish berjaya menjaringkan gol pertama pasukan pada ke-81 permainan sekaligus mengurangkan defisit jaringan.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan, Selangor 1-2 JDT III.

Selangor bakal bertandang di Stadium Pasir Gudang bertemu JDT III sekali lagi pada 16 November depan bagi aksi perlawanan kedua dalam saingan Piala Presiden 2024.