Piala Suzuki AFF Bakal Dikenali Dengan Nama Baru, Piala AFF Mitsubishi Electric
Dunia
Getty Images
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini mengumumkan lembaran baharu untuk Kejohanan Piala AFF dengan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik terkemuka global Mitsubishi Electric dinamakan sebagai penaja utama kejohanan tersebut.

Dijadualkan bermula Disember ini, edisi ke-14 pertandingan bola sepak terbesar dan paling berprestij di Asia Tenggara itu kini akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Eksekutif Korporat dan Ketua Perwakilan Wilayah Asia Pasifik Mitsubishi Electric Corporation, Kunihiko Seki berkata pihak mereka sangat teruja untuk menaja Kejohanan Piala AFF ini dan berharap dapat membawa keseronokan dan kegembiraan kepada ramai orang melalui penajaan ini.

Advertisements

“Apabila dunia mula dibuka semula selepas dua tahun yang sukar, kami teruja untuk menjadi penaja utama Kejohanan AFF dan menyokong visi AFF dalam membawa acara unik ini ke peringkat seterusnya.

“Selama lebih 50 tahun, Mitsubishi Electric telah membekalkan pelbagai produk, daripada elektronik rumah kepada peralatan perindustrian dan komersial, ke rantau Asia Pasifik. Hari ini, kami terus berusaha ke arah matlamat kami untuk menyumbang kepada masyarakat dengan merealisasikan persekitaran global yang mampan. Kami tidak sabar untuk membina masa depan yang lebih baik bersama-sama dengan AFF. Kami berharap kami dapat membawa keseronokan dan kegembiraan kepada ramai orang melalui penajaan ini.” jelas beliau seperti dilaporkan AFF.

Dijangkakan format Piala AFF 2022 tahun ini akan kembali menjadi seperti asal iaitu dengan format aksi di laman sendiri dan aksi di laman lawan. Thailand merupakan juara bertahan Piala AFF selepas menjuarainya pada edisi lepas dengan menewaskan Indonesia di pentas akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram