Dunia
Instagram: Captain_piya16
Advertisements

Bekas pemain Kelantan, Mohd Badhri Razi atau lebih dikenali sebagai Piya telah digantung 6 perlawanan dalam saingan Liga Bola Sepak Tumpat pada September lalu.

Perkara ini telah diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Jajahan Tumpat yang memberi tindakan tatatertib terhadap pasukan Pasir Pekan. 

Piya difahamkan bersama Ketua Jurulatih Pasir Pekan, Khairul Zal Azmie yang digantung perlawanan kerana meminta pengadil memberhentikan perlawanan pada minit ke-70 permainan ketika pasukan mereka tewas 0-2. 

Advertisements

Menurut ciapan di Facebook Zul Hafizam, Pasukan Pasir Pekan turut didenda RM1000 dan wang gagaran RM300 dikira hangus. Pasukan Pasir Pekan juga diberi amaran terakhir supaya perkara ini tidak berlaku lagi.

Namun, pihak pasukan Pasir Pekan masih diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh seminggu daripada tarikh surat dikeluarkan.

Pada bulan September yang lalu, Piya berjaya membawa pasukan Pasir Pekan menjuarai Piala Sultan Pahang 2022 dan dalam masa yang sama beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Kejohanan tersebut.

Advertisements
surat Piya Digantung 6 Perlawanan
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram