PJ City Tak Pandang 9 Import, Teguh Prinsip ‘Yakini Lokal’
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Walaupun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan 9 pemain import didaftarkan pada musim hadapan, namun ianya tidak menggoyahkan prinsip pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) untuk terus mempertaruhkan tenaga lokal.

Pengendali PJ City, P. Maniam mengesahkan perkara berkenaan dalam satu sesi sidang media yang dikongsikan oleh wartawan Astro Arena.

“Ianya bagus untuk PJ City untuk kita bagi peluang kepada pemain-pemain lokal untuk lebih bermain (pada musim hadapan),” jelas P. Maniam.

Advertisements

Jika PJ City terus beraksi tanpa import pada musim hadapan, ini bermakna ianya merupakan musim ketiga berturut-turut mereka beraksi dengan menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan.

Pada musim 2021, PJ City menamatkan saingan liga di tangga ke-7 keseluruhan dengan memungut 22 mata selepas mengharungi 24 perlawanan manakala pada musim ini mereka berada di tangga ke-9 liga daripada 12 pasukan yang bertanding.

PJ City telah berjaya membuktikan walaupun tanpa pemain import, pasukan mereka dilihat mampu berdaya saing dengan pasukan-pasukan yang mempunyai empat hingga lima pemain import dalam pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram