Pj City Dah ‘Next Level’, Tengah Tepi Atas Bawah Semua Mantap
Dunia
Utusan
Advertisements

Pasukan Petaling Jaya City (PJ City) FC terus membuktikan kredibiliti pasukan untuk mencabar kejuaraan liga musim ini apabila terus mencatat keputusan yang positif.

Sebelum ini, pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih, P. Maniam ini melaungkan keyakinan untuk merebut sekurang-kurangnya posisi ‘Top 5’ dalam Liga Super musim ini.

Hal ini dilihat seakan satu misi yang tidak mustahil selepas pasukan ini memulakan kempen dengan cukup memberangsangkan.

Advertisements

PJ City telah mengharungi 5 perlawanan pada musim ini sambil menyaksikan mereka hanya tewas sekali sahaja dalam tempoh tersebut.

Malah, pada aksi terbaru menentang Sri Pahang malam semalam, para pemain PJ City menunjukkan semangat juang yang cukup tinggi apabila berjaya mengikat pasukan tuan rumah.

Jaringan penyamaan yang dijaringkan oleh Barathkumar pada minit-minit akhir permainan memastikan PJ City berjaya mencuri satu mata di gelanggang lawan.

Advertisements

Menurut satu komen yang ditinggalkan oleh para peminat bola sepak tempatan, persembahan PJ City ini telah menarik perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, mereka juga memuji keampuhan skuad yang dimiliki oleh pasukan ini sambil menyatakan ianya sangat kuat dan berkualiti.

’Pj City dan next level punya bola.’

Advertisements

’Tengah tepi atas bawah semua solid,’ -Komen Syafik Malaya di laman rasmi Makanbola.

Pj City bakal turun di gelanggang sendiri minggu hadapan untuk menanti cabaran Negeri Sembilan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram