Advertisement
Polking Sedih Dengan Situasi Chanatip Songkrasin
Dunia
MakanBola
Changsuek

Ketua jurulatih pasukan Thailand, Mano Polking sedih dengan situasi yang melanda kapten pasukannya, Chanatip Songkrasin.

Pemain berusia 28 tahun itu turun untuk mengemudi jentera tengah pasukan namun terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-13 permainan.

Mengulas lanjut, Polking mengakui ketiadaan bintang yang berkelana di Jepun itu memberi tamparan yang cukup hebat buat Thailand.

Katanya, kualiti yang dimiliki oleh pemain tu sememangnya penting dalam percaturannya namun tidak dapat menghalangnya untuk digantikan.

Menerusi penjelasan ringkas beliau, jurulatih Thailand itu mengesahkan bahawa Chanatip mengalami kecederaan ketika beraksi semalam.

“Kehilangan Chanatip memberi kesan yang besar kepada pasukan kita kerana kualiti yang dimiliki olehnya.”

“Akan tetapi beliau mengalami kecederaan dan saya perlu menukarkan beliau dengan pemain lain.”

Pada aksi semalam, Malaysia berjaya mengatasi Thailand di hadapan 17,000 penyokong tegar menerusi penentuan sepakan penalti.

Harimau Malaya akan turun berdepan Tajikistan yang turut mara selepas mengatasi Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-1.

Kini, Malaysia berpeluang untuk menamatkan kemarau 44 tahun kejuaraan King’s Cup ini pada 25 September kelak.