Port Hantar Dua Pemain Muda Berlatih Dengan Leicester City
Asia Tenggara
@theaseanball
Advertisements

Seperti pasukan-pasukan Thai League 1 yang lain, Port amat mementingkan pembangunan pemain muda Thailand. Atas sebab itulah, mereka mengikut jejak langkah Buriram United dengan menghantar dua pemain muda berlatih bersama kelab Liga Kejohanan, Leicester City.

Dua pemain yang terpilih untuk program ini ialah Teerasak Poeiphimai dan Sittha Boonlha. Kedua-duanya dijangka akan menjalani latihan bersama skuad B-21 Foxes dari 26 Jun hingga 31 Julai ini.

Menurut pengerusi kelab, Nualphan Lamsam atau Madam Pang, tindakan menghantar dua pemain muda ini dibuat bagi meningkatkan kemajuan mereka sebagai pemain.

Advertisements

Walaupun Leicester sudah tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Madam Pang percaya pengalaman selama lima minggu bersama mereka mampu mematangkan Teerasak dan Sittha. Ini sekaligus menjadikan mereka pemain yang lebih bagus bila kembali menyertai Port.

“Kami akan menghantar kedua-duanya ke pasukan Leicester City B-21 selama lima minggu kerana mereka adalah generasi umur yang tepat. Ia sememangnya bukan mudah apa yang akan berlaku di hadapan, bahasa, cuaca, persekitaran baharu dan latihan yang lebih sengit.

“Tetapi kami berharap kedua-duanya akan menunjukkan komitmen, fokus, cuba belajar dan peroleh pengalaman sebanyak mungkin untuk memperbaiki diri dan kembali sebagai tenaga teras pasukan.

Advertisements

“Atas sebab itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Khun Top (Aiyawat Srivaddhanaprabha, pengerusi kelab) dan kelab Leicester City kerana memberi peluang kepada anak-anak kami termasuk anak-anak Thai sepanjang masa sebelum ini dan menggalakkan Leicester untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi Port.

Sekiranya Teerasak dan Sittha menunjukkan bakat mereka di situ, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak langkah rakan senegara Suphanat Mueanta. Selepas terpikat dengan prestasinya semasa berlatih dengan Foxes, kelab tersebut segera mendapatkan bintang muda Buriram itu sebelum disambar oleh kelab-kelab lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram