Piala Malaysia
IG Bergsonberg
Advertisements

Saingan Piala Malaysia akan diteruskan dengan aksi separuh akhir selepas berehat panjang demi memberikan laluan kepada tugasan antarabangsa. Aksi yang sudah tentu menjadi tumpuan adalah pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak FC.

Di atas kertas, kelebihan sudah pasti menjadi milik JDT yang juga merupakan juara bertahan Piala Malaysia. Namun begitu, peningkatan prestasi mendadak Perak di bawah kendalian Yusri Che Lah sejak kebelakangan ini tidak boleh dipandang remeh.

Antara pemain yang menjadi tumpuan dalam aksi malam ini adalah penyerang berbisa JDT dari Brazil, Bergson da Silva yang kini sudah meledak 8 gol dalam saingan Piala Malaysia.

Advertisements

Ketajaman Bergson tidak boleh disangkal lagi apabila sudah pun meledak lebih 100 gol buat JDT sepanjang karier beliau bersama pasukan gergasi dari selatan tanah air itu.

Dengan 8 gol yang telah dihasilkan Bergson, kini beliau merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dam berpeluang untuk merangkuk trofi kasut emas. Kedudukan Bergson di dalam carta penjaring terbanyak boleh diklasifikasikan sebagai tidak terusik.

Ini kerana pencabar terdekat adalah penyerang import dari Terengganu, Ivan Mamut yang sudah meledak lima gol. Ivan Mamut perlu meledak tiga gol lagi bagi mencabar kedudukan Bergson.

Advertisements
top scorer piala malaysia Posisi Bergson Untuk Kasut Emas Tidak Terusik
Bergson kini mendahului senarai penjaring terbanyak Piala Malaysia.

Secara matematiknya, penyerang dari Croatia itu mampu mencabar posisi Bergson kerana Terengganu turut layak ke separuh akhir Piala Malaysia dan bakal berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan syarat tiada tambahan gol dari Bergson.

Aksi JDT dan Perak akan berlangsung pada jam 9 malam ini bertempat di Stadium Negeri Ipoh. Manakala satu lagi aksi separuh akhir yang menemukan KL City dan Terengganu FC dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober ini. JDT adalah juara Piala Malaysia musim lalu selepas menewaskan Selangor FC 2-1 di pentas akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram