Pra-Musim 2023: JDT Malukan Lokomotiv Moscow
Dunia
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kejutan apabila meraih kemenangan ke atas kelab gergasi Rusia, Lokomotiv Moskow.

Anak didik Tano Solari turun dengan kesebelasan terbaik dalam misi meneruskan momentum kemenangan dalam dua aksi terakhir.

Pada babak pertama, perlawanan berlangsung seimbang dengan skuad Harimau Selatan berjaya memberi cabaran hebat kepada pasukan yang berada di tangga ke-14 saingan Liga Rusia.

Advertisements

Peluang terbaik dimiliki oleh kedua-dua pasukan namun tiada sebarang jaringan dihasilkan.

Bersambung babak kedua, peluang terbaik hadir menerusi Fernando Forestieri namun rembatannya tidak tepat ke sasaran.

Kealpaan benteng pertahanan lawan yang membiarkan lari Arif Aiman mengundang padah apabila beliau berjaya melepaskan rembatan untuk gol tunggal JDT.

Advertisements

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan JDT merekod 3 kemenangan berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram