Advertisement

Follow us:

Pra-Musim 2023: Kedah Mudah Tumbangkan Geylang International

Kedah Geylang International Piala Harapan 2023 Kedah Darul Aman FC Pra-Musim 2023: Kedah Mudah Tumbangkan Geylang International
Kedah Darul Aman FC
Azim Noor
@mohdazim45
7:46pm 04/02/2023
Pivo

Kedah bangkit semula daripada kekalahan di tangan Selangor dalam perlawanan pertama Piala Harapan. Ini selepas skuad Kenari berjaya mengalahkan Geylang International 2-1 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Anak-anak buah Nafuzi Zain tampil garang pada babak pertama. Dan ini dibuktikan menerusi gol pemain sayap Kedah, Zharmien Ashraf pada minit ke-31.

Tersentak, The Eagles cuba bangkit. Malangnya, skuad Kenari menambah jaringan pada minit ke-37 menerusi Al-Hafiz Harun selepas menerima umpanan penyerang import Jonathan Balotelli.

Belum sempat anak-anak buah Nafuzi meraikan jaringan mereka, Geylang berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-40. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan ini, Kenari menggondol tempat ketiga Piala Harapan 2023. Ia juga merupakan tonik terbaik menjelang program pra-musim mereka di Turki yang bakal bermula pada 6 Januari ini.