Pratama Arhan Lengkapkan Perpindahan Ke Kelab Jepun
Dunia
Pratama Arhan
Advertisements

Pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan hari ini secara rasminya telah menyertai pasukan yang berpangkalan di Jepun sekaligus menutup segala desas-desusnya sebelum ini.

Pemain berusia 21 tahun itu telah pun diumumkan secara rasminya oleh kelab barunya iaitu Tokyo Verdy yang kini sedang beraksi dalam saingan liga kedua Jepun (J2 League) berjaya mendapatkan khidmat pemain yang menjadi rebutan banyak kelab di Asia itu.

Beliau yang juga merupakan pemain muda terbaik dalam saingan Piala AFF tahun 2020 sah bergabung dengan kelab barunya itu menerusi perpindahan tetap dari pasukan lamanya iaitu PSIS Semarang.

Advertisements

Namun begitu, pihak Tokyo Verdy tidak menyatakan mengenai tempoh kontrak mereka mendapatkan khidmat Pratama.

Turut difahamkan, pemain muda berbakat ini akan mengenakan jersi bernombor 38 bersama pasukan barunya untuk musim 2022.

Pratama dijangka akan setelah mendapat kebenaran daripada pihak imegresen Jepun bagi melengkapkan urusan perpindahan sekaligus dapat diperkenalkan kepada para peminat di Tokyo.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram