Premier League: Anfield ‘Lubuk’ Leeds Malukan Liverpool
Dunia
Liverpool
Advertisements

Liverpool dikecewakan Leeds United di Anfield selepas tewas 1-2 sekaligus mencatatkan kekalahan ke-4 musim ini.

Leeds United mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan awal Rodrigo Moreno pada minit ke-4 hasil kesilapan pertahanan Liverpool, Joe Gomez.

Liverpool yang tersentak dengan jaringan awal tersebut cuba bangkit menerusi beberapa siri serangan dan akhirnya Mo Salah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-14.

Advertisements

Bersambung babak ke-2 perlawanan masih lagi seimbang namun Leeds tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bertahan.

Serangan berbahaya Liverpool untuk mencari gol kemenangan akhirnya mengundang padah selepas Leeds berjaya menjaringkan gol ke-2 menerusi satu serangan balas disudahkan Crysencio Summerville pada minit ke-89.

Perlawanan berkesudahan dengan Liverpool tewas 1-2 kepada Leeds United.

Advertisements

Liverpool kini jatuh ke tangga ke-9 Liga Perdana Inggeris selepas 12 perlawanan dan kini melalui saat-saat sukar sejak pemergian Sadio Mane ke Bayern Munich.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram