Premier League: Man Utd Pamer Aksi Luar Biasa Tewaskan Spurs
Dunia
Man Utd
Advertisements

Manchester United (Man Utd) bangkit dari episod kekecewaan diikat Newcastle sebelum ini selepas berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs (Spurs) 2-0 di Old Trafford.

Jaringan Fred pada minit ke-47 dan Bruno Fernandes pada minit ke-69 memastikan Old Trafford bergema dengan sorakan luar biasa selepas penyokong dipamerkan aksi serangan antara yang terbaik pernah United kecapi sejak era Sir Alex tamat sedekad lalu.

Sementara itu, Erik ten Hag berpuas hati dengan aksi pemainnya;

Advertisements

“Kamu boleh lihat sejak minggu lalu, kami berkembang dan kami amat pro-aktif dengan penguasaan bola kami.

Erik ten Hag turut berpuas hati dengan cara pemainnya menjalankan arahan taktikal yang diberikan sejak beliau mula mengambil alih posisi Pengurus beberapa bulan lalu.

Ronaldo Meninggalkan Padang Lebih Awal

5 minit sebelum perlawanan tamat, Ronaldo dirakam meninggalkan padang lebih awal dan Eric ten Hag berkata akan menyelesaikannya kemudian tanpa komen lebih lanjut.

Advertisements

Manchester United bakal bertemu Chelsea 23 Oktober ini di Stamford Bridge, London.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram