Premier League: Ronaldo Geleng Kepala, Newcastle Ikat Manchester United
EPL
Manchester United
Advertisements

Manchester United terpaksa berpuas hati dengan satu mata hari ini. Ini selepas Red Devils diikat seri tanpa jaringan dengan Newcastle United di Old Trafford.

Perlawanan ini istimewa buat penjaga gol David de Gea kerana ia merupakan penampilan ke-500 beliau bersama United. Sementara Newcastle pula mahu menebus kekecewaan diaibkan tuan rumah 4-1 pada musim lepas.

Babak pertama menyaksikan saingan seimbang antara kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan mengakibatkan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan menjelang rehat.

Advertisements

Selepas rehat, tuan rumah diketuai Cristiano Ronaldo cuba meningkatkan tempo serangan. Tetapi semua usaha mereka gagal dengan Ronaldo naik berang kerana dikeluarkan pada minit ke-71.

Man Utd bakal menerima kunjungan Tottenham Hotspur untuk perlawanan EPL seterusnya pada 20 Oktober. Manakala Newcastle pula bakal berdepan Everton di St James Park pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram