Presiden Barcelona Hadiahkan Burger Selepas Tewaskan PSG
UEFA Champions League
FC Barcelona
Advertisements

Selepas melihat Barcelona menewaskan Paris Saint-Germain 3-2 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA (UCL), presiden kelab, Joan Laporta memberi ganjaran enak buat para pemain.

Tribal Football melaporkan presiden kelab Catalan itu menghadiahkan semua pemain dan staf kejurulatihan burger susulan kejayaan mereka itu.

Selain ganjaran burger, Laporta dilihat tenang semasa mengucapkan tahniah kepada pemain dan staf kejurulatihan selepas tamat perlawanan di Parc des Princes.

Advertisements

Ramai staf kelab itu percaya beliau berbuat demikian kerana merasakan kedudukan Barca ke separuh akhir UCL masih belum selamat.

Ini kerana Barcelona memiliki kelebihan tipis satu gol apabila kedua-dua pasukan kembali bersemuka untuk aksi suku akhir kedua pada 17 April ini.

Meskipun beraksi di Stadium Olimpik Lluis Companys sebagai tuan rumah, peluang PSG untuk mencuri slot separuh akhir UCL masih lagi terbuka.

Advertisements

Barca berharap dapat layak ke separuh akhir sekaligus mencerahkan peluang meraih trofi UCL buat jurulatih mereka, Xavi Hernandez.

Ini kerana legenda Sepanyol itu sudah mengumumkan bakal meninggalkan Barca pada akhir musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram