‘Pressing’ Darren Lok Buat Penyokong Gembira
Dunia
fa malaysia
Advertisements

Rata-rata peminat bola sepak Harimau Malaya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang negara, Darren Lok pada perlawanan pertama kelayakan Piala Asia menentang Turkmenistan semalam. 

Meskipun tanpa sebarang jaringan, Darren Lok tampak sentiasa rajin melakukan ‘pressing‘ terhadap pemain lawan. Ianya adalah perkara yang sangat positif dipamerkan oleh penyerang negara ini.

Memetik beberapa komentar daripada laman sosial Facebook MakanBola, aksi bertenaga dan konsistensi yang ditampilkan di atas padang cukup membuat peminat Harimau Malaya sangat gembira dengan kelibat Darren Lok. 

Advertisements

“Agresif, position mantap, instinct pun mantap. Cuma belum ada rezeki nk sumbat gol,” ujar Asna Amir Zorani di ruang komen.

“Mantap. Rajin. Memang pilihan yang tepat dipanggil ke skuad Harimau Malaya,” ujar Mus Ayyad di ruang komen.

Pemain berusia 31 tahun ini mengakui agak kecewa kerana gagal menjaringkan gol ketika bertemu Turkmenistan semalam.

Advertisements

Namun, beliau menegaskan bahawa perjuangan Harimau Malaya masih belum tamat dan akan cuba sedaya upaya untuk meledak pada perlawanan berikutnya nanti. 

“Saya berasa kesal kerana tidak dapat menjaringkan gol. Saya berharap ada rezeki untuk saya menjaringkan gol nanti. 

“Perjuangan masih belum tamat, masih ade beberapa perlawanan yang harus ditempuhi,” kata Darren dalam temubual bersama Makanbola di Youtube.

Advertisements

Perlawanan kedua bagi kelayakan Piala Asia menyaksikan Malaysia akan bertemu Bahrain pada 11 Jun ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram