Prestasi Chungbuk Cheongju Jatuh Merudum
Asia
CHFC_2023
Advertisements

Prestasi yang ditampikan oleh pasukan K2 League, Chungbuk Cheongju semakin teruk apabila mereka kini terpelosok di tangga kedua tercorot liga.

Pasukan Korea ini membawa masuk beberapa pemain pada jendela perpindahan lalu termasuklah mendapatkan khidmat pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj.

Chungbuk bagaimanapun gagal mempamerkan aksi yang diharapkan selepas mengharungi 11 aksi setakat ini.

Advertisements

Sungguhpun berhasil mencatatkan dua kemenangan setakat ini, pasukan bimbingan Choi Yun-kyum apabila rentetan kekalahan telah menjejaskan aksi pasukan.

Sebelum ini, mereka sudah pun ditunjukkan jalan keluar dari Korean FA Cup oleh Gangwon FC seawal pusingan ketiga.

Prestasi terumbang-ambing ini juga rentetan daripada kelemahan jentera pertahanan pasukan dengan ketumpulan barisan serangan Chungbuk menjadi faktot terbesar mereka terpelosok ke dasar Liga ke-2 Korea.

Advertisements

Pasukan ini hanya berjaya menjaringkan 9 gol dalam 11 perlawanan sekaligus mencerminkan kelesuan dalam jentera serangan mereka pada musim ini.

Aksi bekas pemain PJ City, Kogileswaran juga saban hari menjadi sebutan di bibir para penyokong apabila sepi tanpa berita.

Beliau hanya membuat kemunculan pada akhir bulan Mac ketika membantu Chungbuk menewaskan Jungnang Chorus Mustang 3-0.

Advertisements

Kelibat beliau bagaimanapun tidak lagu kelihatan selepas itu termasuklah berada dalam senarai simpanan pasukan sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Pemain berusia 25 tahun ini bagaimanapun pernah menjelaskan bahawa beliau berusaha gigih untuk mendapatkan tempat di sana namun masih memerlukan masa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram