Projek Mega JDT Bakal Libatkan Syarikat Antarabangsa & Tokoh Terkenal Global
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memulakan satu projek besar bagi mengembangkan lagi perjalanan kelab musim 2023.

Projek mega tersebut difahamkan akan melibatkan kolaborasi bersama syarikat antarabangsa dan tokoh-tokoh terkenal dalam industri bola sepak global.

Usaha ini dilihat sebagai salah satu langkah yang signifikan bagi memartabatkan lagi jenama Harimau Selatan terutamanya di pasaran Eropah.

Advertisements

Pengumuman mengenai projek ini telah pun dikuat naik di laman rasmi Johor Southern Tigers selain beberapa projek dan kolaborasi telah pun diumumkan sebelum ini.

Projek akan datang ini merupakan cetusan ilham oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam usaha mengembangkan lagi kelab dari segi aspek bola sepak dan jangkauan komersil.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan kelab Al-Sharjah sekaligus bakal membuka lembaran baharu buat bola sepak kelab.

Advertisements

Ini selepas kunjungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT ke kelab tersebut ketika latihan pra-musim Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai.

Bukan itu sahaja, Sharjah FC telah menawarkan JDT untuk menggunakan fasiliti latihan mereka secara percuma.

Usaha ini juga bakal memartabatkan nama JDT dan juga Malaysia di persada antarabangsa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram